Klik pautan di bawah ini:
https://www.facebook.com/groups/703676019705222/

Tel= +603-0000 000
Home » , , » Panduan Redaksi - Melabelkan Masukan (Posting)

Panduan Redaksi - Melabelkan Masukan (Posting)

Written By Pentadbir on Sunday, April 2, 2017 | 12:27 PM

Terdapat sesuatu yang berbeza dan menarik di dalam rekabentuk tema (Theme) blog ini. Susunan posting diletakan berasingan berdasarkan label-label khas yang diberikan. Ada 3 ruang khas yang tidak dinomborkan:
  • Esklusif
  • Berita
  • Dari Pengarang
Di samping itu terdapat pula 5 ruangan yang dilabelkan sebagai
  1. Berita AJK
  2. Aktiviti Sukan
  3. Aktiviti Riadah
  4. Lawatan
  5. Berita Ahli
Apabila anda membuat masukan (posting), pastikan anda memilih di ruang mana posting tersebut akan terpapar. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan 'posting' anda tidak dipaparkan di halaman hadapan (Home) blog ini TETAPI tetap disenaraikan di ruangan "Latest Post" sahaja. Pengunjung masih boleh mengakses 'posting' anda dari situ sekiranya ia masih tersenarai sebagai posting terbaru. Oleh itu perlu diambil perhatian bahawa penggunaan Label di dalam blog ini adalah MUSTAHAK.

Sekiranya anda merujuk di dalam imej yang disertakan di sini, anda akan melihat terdapat Labels yang telah disediakan seperti berikut:

-Berita
Pastikan setiap kali anda membuat posting baru, pilihlah labels -Berita supaya posting anda akan dipaparkan pada slider utama. Hanya lima posting terbaru akan terpapar di sini. Selepas itu pilihlah labels yang sesuai untuk posting anda sebagai pilihan kedua. Anda boleh memilih lebih dari satu labels dalam satu-satu posting.

-Esklusif
Elakkan memilih labels ini kecuali anda benar-benar pasti posting anda perlu diletakan di sini kerana hanya lapan posting terbaru sahaja akan terpapar di sini. Berikan peluang kepada posting-posting yang lebih penting seperti Notis Pemberitahuan, Jemputan Kahwin, Jemputan makan malam atau sebarang aktiviti berjadual yang perlu untuk mengingatkan ahli-ahli.

-Pengarang
Gunakan label ini sekiranya anda menulis artikel yang ingin dikongsikan bersama pengunjung. Artikel anda boleh boleh dibuat dalam bentuk cerita, rencana, jenaka, resepi dan sebagainya.

AJK
Ruang ini khas untuk memaparkan segala aktiviti AJK seperti mesyuarat, pertemuan dengan orang-orang tertentu dan sebagainya.

Ahli
Ruang ini pula untuk memaparkan aktiviti ahli seperti majlis-majlis ahli, perniagaan ahli, kemalangan dan sebagainya.

Lawatan




Share this article :

0 comments:

Post a Comment