Klik pautan di bawah ini:
https://www.facebook.com/groups/703676019705222/

Tel= +603-0000 000
Home » , , » Panduan Redaksi - Berkongsi di Facebook

Panduan Redaksi - Berkongsi di Facebook

Written By Pentadbir on Thursday, April 6, 2017 | 11:18 PM

Perbezaan di antara Facebook dan blog ialah Facebook lebih merupakan media sosial perantaraan yang lebih bersifat peribadi. Blog pula seperti lamanweb anda sendiri. Blogging membolehkan anda mengatur posting mengikut keperluan ada. Gambar-gambar di blog adalah pada saiz sebenar walaupun anda menukar saiz di dalam posting anda sedangkan Facebook akan mengecilkan gambar anda ke saiz maxima dimampu dipaparkan.

Tidak perlu membuat posting dua kali. Anda hanya perlu membuat posting di bog dan kemudian kongsikan dengan akaun Facebook anda. Pengunjung akan dapat menikmati paparan kedua-duanya sekali.

Beberapa thema terbaru blogspot menyediakan kemudahan berkongsi posting dari blogspot terus ke Facebook. Begitu juga di dalam skrip untuk thema blog ini.

Sekiranya anda masih belum "Login" ke akaun Facebook anda di dalam pelayar (browser) yang sama, anda akan diingatkan (promt) untuk memasukkan katalaluan anda. Sekiranya browser anda sudah menyimpan katalaluan tersebut, anda tidak perlu lagi melakukan perkara yang sama.

Terdapat dua butang kemudahan untuk berkongsi di Facebook:
  1. Like
  2. Share
Apabila anda menekan butang "Like", anda akan diarahkan untuk mengesahkan (Confirm) arahan tersebut. Selepas butang pengesahan itu ditekan maka posting tersebut akan dipaparkan akaun Facebook anda.

Butang "Share" pula memberi sedikit kelainan. Applikasi ini memberikan anda peluang untuk membuat sebarang komen di Facebook, tag nama kawan-kawan dan macam-macam lagi.

Anda masih boleh memilih untuk paparan peribadi, paparan terbuka, untuk orang tertentu sahaja dan sebagainya. Apabila anda berpuas hati dengan pilihan-pilihan tersebut, anda hanya perlu menekan butang "Post to Facebook". Mudah, bukan?




Share this article :

0 comments:

Post a Comment